Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 28
Perjalanan Majlis menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan kali ke 28 telah berlangsung dengan jayanya pada 3-6 Mei 2007M/15-18 Rabiulakhir 1428H di Auditorium Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terenganu. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan pada 6.5.2007M/18 Rabiulakhir 1428H oleh Yang Teramat Mulia, Tengku Seri Panglima Raja, Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu.

Semasa menyampaikan ucapan, beliau telah menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sedang berusaha melahirkan generasi ulul albab yang mampu mentafsirkan al-Quran bercirikan; Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Golongan ini mampu menghafaz, membaca , memahami makna dan menghayati isi kandungan al-Quran. Mereka juga mempunyai pelbagai kemahiran bidang ilmu, mampu menguasai pelbagai bahasa serta berkeupayaan memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah umat disamping berfikiran kreatif dan inovatif.
  
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!

Sebelum itu, YB Dato’ Dr. Abdullah Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana dalam ucapannya telah menekankan satu aspek penting pengajaran daripada al-Quran iaitu penguasaan ilmu pengetahuan melalui pelbagai kaedah. Tradisi takwil dan tafsir dalam kalangan ulama Islam terdahulu menjadikan ilmu dalam Islam berkembang. Daripadanya terbina ilmu tentang akidah, ibadah, akhlak, syariah dan pelbagai cabang ilmu yang lain seperti ilmu tentang sains, kemasyarakatan, kekeluargaan, alam dan persekitaran, psikologi, perubatan, pendidikan dan sebagainya.

Yang Teramat Mulia juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang, iaitu;

A. 1 – 5 JUZUK (LELAKI)

(i) Tempat Ketiga :

Nama : Muhammad Hafiz Bin Ahmad Tarmizie

Negeri : Perak

Markah : 97.63%

(ii) Tempat kedua :

Nama : Muhammad Ezmir Khusairy Bin Roslee

Negeri : Selangor

Markah : 97.66%

(iii) Tempat Pertama :

Nama : Mohd. Haikal Bin Haris

Negeri : Melaka

Markah : 98.98%

B. 1 – 5 JUZUK (PEREMPUAN)

(i) Tempat Ketiga :

Nama : Nur Amalina Binti Azharuddin

Negeri : Wilayah Persekutuan

Markah : 95.71%

(ii) Tempat Kedua

Nama : Aliatul Athirah Binti Abd Rahman

Negeri : Perak

Markah : 96.23%

(iii) Tempat Pertama :

Nama : Nik Nur Zulaikha Binti Nik Zulkifli

Negeri : Kelantan

Markah : 98.38%

C. 1 – 15 JUZUK (LELAKI)

(i) Tempat Ketiga :

Nama : Mohamad Fida’iy Bin Zainal Abidin

Negeri : Kedah

Markah : 97.56%

(ii) Tempat Kedua :

Nama : Muhammad Farid Afifi bin Abdullah

Negeri : Selangor

Markah : 98.20%

(iii) Tempat Pertama :

Nama : Muhammad bin Ahmad Zahid

Negeri : Wilayah Persekutuan

Markah : 98.43%

D. 1 -15 JUZUK (PEREMPUAN)

(i) Tempat Ketiga :

Nama : Siti Nadhirah Binti Mohd Syafie

Negeri : Selangor

Markah : 91.98%

(ii) Tempat Kedua :

Nama : Zaini Binti Bahari

Negeri : Perlis

Markah : 93.35%

(iii) Tempat Pertama :

Nama : Karimah Binti Mohd

Negeri : Wilayah Persekutuan

Markah : 93.36%

E. 1 – 30 JUZUK (LELAKI)

(i) Tempat Ketiga :

Nama : Mohd Firdaus Bin Syamsul Bahari

Negeri : Selangor

Markah : 96.53%

(ii) Tempat Kedua :

Nama : Abdul Salam Bin Zulkifli

Negeri : Terengganu

Markah : 97.08%

(iii) Tempat Pertama :

Nama : Ahmad Zulkifli Bin Mamat

Negeri : Kelantan

Markah : 97.40%

F. 1 – 30 JUZUK (PEREMPUAN)

(i) Tempat Ketiga :

Nama : Nur Munirah Binti Mohd Nor

Negeri : Kelantan

Markah : 88.08%

(ii) Tempat Kedua :

Nama : Raudhatulhuda @ Rozilawati Binti Abdul Ghani

Negeri : Terengganu

Markah : 88.35%

(iii) Tempat Pertama :

Nama : Maemunah Binti Haji Achmad Fatoni

Negeri : Selangor

Markah : 90.70%