|
Kuala Lumpur 8 Sept - Malam Nur PERMATA - Majlis Anugerah Pelajar Tahfiz Cemerlang (MAPTC) telah diadakan di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam. MAPTC diadakan bertujuan memperkenalkan PERMATA kepada masyarakat, menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar pilihan dan melancarkan tabung pembangunan dan pendidikan PERMATA.
Perasmian MAPTC disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Tuan Hj. Mohd Murni b. Awang Mat mewakili YB Dato' Dr. Abdullah Md. Zain, menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Dato' Hj. Ab. Rahman Mohd pegawai agama Istana Negara, penyumbang-penyumbang dan ibu bapa pelajar tahfiz yang menerima anugerah. Dalam MAPTC ini, seramai 36 pelajar tahfiz menerima sijil anugerah kecemerlangan iaitu 23 lelaki dan 13 perempuan. Mereka datang dari 25 institusi tahfiz dari Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Perak. Selain daripada ucapan alu-aluan pengerusi PERMATA dan ucapan perasmian oleh Pengarah Darul Quran, majlis ini turut diserikan dengan persembahan daripada maahad-maahad tahfiz seperti bacaan al-Quran hafazan, bacaan Yasin 7 qiraat, nasyid dan silat. |