|
Mesyuarat Ahli Majlis PERMATA (AMP) Ke 2 |
|
|
|
|
Mesyuarat Ahli Majlis PERMATA (AMP) Ke 2 bagi sesi 2007 diadakan pada 19 Mei 2007. Seramai 17 orang AMP dan mudir-mudir madrasah tahfiz hadir ke mesyuarat yang diadakan di New Horizon Garden, Jalan Pasir Mas - Salor, Kota Bharu. Di antara perkara utama yang dibincangkan ialah Takwim Aktiviti 2007 - 2008. Aktiviti-aktiviti yang dirancang, akan dilaksanakan oleh madrasah-madrasah tahfiz yang ditaklifkan. Ini bertujuan mewujudkan kerjasama yang lebih erat di antara madrasah-madrasah tahfiz di samping melancarkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.
|