|
Perjalanan Majlis menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan kali ke 28 telah berlangsung dengan jayanya pada 3-6 Mei 2007M/15-18 Rabiulakhir 1428H di Auditorium Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terenganu. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan pada 6.5.2007M/18 Rabiulakhir 1428H oleh Yang Teramat Mulia, Tengku Seri Panglima Raja, Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu.
Semasa menyampaikan ucapan, beliau telah menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sedang berusaha melahirkan generasi ulul albab yang mampu mentafsirkan al-Quran bercirikan; Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Golongan ini mampu menghafaz, membaca , memahami makna dan menghayati isi kandungan al-Quran. Mereka juga mempunyai pelbagai kemahiran bidang ilmu, mampu menguasai pelbagai bahasa serta berkeupayaan memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah umat disamping berfikiran kreatif dan inovatif.
Sebelum itu, YB Dato’ Dr. Abdullah Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana dalam ucapannya telah menekankan satu aspek penting pengajaran daripada al-Quran iaitu penguasaan ilmu pengetahuan melalui pelbagai kaedah. Tradisi takwil dan tafsir dalam kalangan ulama Islam terdahulu menjadikan ilmu dalam Islam berkembang. Daripadanya terbina ilmu tentang akidah, ibadah, akhlak, syariah dan pelbagai cabang ilmu yang lain seperti ilmu tentang sains, kemasyarakatan, kekeluargaan, alam dan persekitaran, psikologi, perubatan, pendidikan dan sebagainya. Yang Teramat Mulia juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang, iaitu; A. 1 – 5 JUZUK (LELAKI)
(i) Tempat Ketiga :
Nama : Muhammad Hafiz Bin Ahmad Tarmizie
Negeri : Perak
Markah : 97.63%
(ii) Tempat kedua :
Nama : Muhammad Ezmir Khusairy Bin Roslee
Negeri : Selangor
Markah : 97.66%
(iii) Tempat Pertama :
Nama : Mohd. Haikal Bin Haris
Negeri : Melaka
Markah : 98.98%
B. 1 – 5 JUZUK (PEREMPUAN)
(i) Tempat Ketiga :
Nama : Nur Amalina Binti Azharuddin
Negeri : Wilayah Persekutuan
Markah : 95.71%
(ii) Tempat Kedua
Nama : Aliatul Athirah Binti Abd Rahman
Negeri : Perak
Markah : 96.23%
(iii) Tempat Pertama :
Nama : Nik Nur Zulaikha Binti Nik Zulkifli
Negeri : Kelantan
Markah : 98.38%
C. 1 – 15 JUZUK (LELAKI)
(i) Tempat Ketiga :
Nama : Mohamad Fida’iy Bin Zainal Abidin
Negeri : Kedah
Markah : 97.56%
(ii) Tempat Kedua :
Nama : Muhammad Farid Afifi bin Abdullah
Negeri : Selangor
Markah : 98.20%
(iii) Tempat Pertama :
Nama : Muhammad bin Ahmad Zahid
Negeri : Wilayah Persekutuan
Markah : 98.43%
D. 1 -15 JUZUK (PEREMPUAN)
(i) Tempat Ketiga :
Nama : Siti Nadhirah Binti Mohd Syafie
Negeri : Selangor
Markah : 91.98%
(ii) Tempat Kedua :
Nama : Zaini Binti Bahari
Negeri : Perlis
Markah : 93.35%
(iii) Tempat Pertama :
Nama : Karimah Binti Mohd
Negeri : Wilayah Persekutuan
Markah : 93.36%
E. 1 – 30 JUZUK (LELAKI)
(i) Tempat Ketiga :
Nama : Mohd Firdaus Bin Syamsul Bahari
Negeri : Selangor
Markah : 96.53%
(ii) Tempat Kedua :
Nama : Abdul Salam Bin Zulkifli
Negeri : Terengganu
Markah : 97.08%
(iii) Tempat Pertama :
Nama : Ahmad Zulkifli Bin Mamat
Negeri : Kelantan
Markah : 97.40%
F. 1 – 30 JUZUK (PEREMPUAN)
(i) Tempat Ketiga :
Nama : Nur Munirah Binti Mohd Nor
Negeri : Kelantan
Markah : 88.08%
(ii) Tempat Kedua :
Nama : Raudhatulhuda @ Rozilawati Binti Abdul Ghani
Negeri : Terengganu
Markah : 88.35%
(iii) Tempat Pertama :
Nama : Maemunah Binti Haji Achmad Fatoni
Negeri : Selangor
Markah : 90.70%
|