Skip to content
You are here: Utama
Keputusan SPM: Petua Hafaz Al-Quran PDF Print E-mail
Harian Metro, Selasa 13 Mac 2007
Oleh Adnan Mohamad

Fatimah pelajar terbaik SPM, menghafaz al-QuranKOTA BHARU: “Setiap hari saya mengulang kaji pelajaran dan masa selebihnya menghafaz al-Quran.

“Ibu bapa dan guru sering menasihatkan saya menghafaz al-Quran kerana memudahkan ingatan terhadap pelajaran,” kata pelajar Sekolah Agama Mahaad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang diumumkan pelajar terbaik negeri ini bagi sekolah tajaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Dia memperoleh 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus mencipta rekod kecemerlangan keputusan SPM bagi sekolah agama tajaan Kerajaan Negeri Kelantan.
Berita Harian, Selasa 13 Mac 2007
Oleh Mohd Azrone Sarabatin, Mohd Roji Abdullah, Mohd Izham Unnip Abdullah

Di KOTA BHARU, pelajar Sekolah Agama Maahad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang memperoleh 17 1A dan satu 2A, berkata tumpuan ketika guru mengajar serta ulang kaji secara konsisten sepanjang tahun dan doa, menjadi kunci kejayaannya.

“Saya juga menghafaz al-Quran setiap hari bagi menguatkan ingatan saya terhadap pelajaran yang diajar guru," kata anak guru Sekolah Kebangsaan Tapang, Aishah Mohd, 50, dan Pengurus Operasi Bank Islam Wilayah Timur, Mukhtar Ismail, 53.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu, mendapat 1A bagi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Geografi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Biologi, Tamadun Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah, Pendidikan Syariah Islam serta Bahasa Inggeris dalam Sains dan Teknologi, manakala 2A untuk Bahasa Arab Tinggi.
 
< Prev   Next >

Demi Masa

Takwim

August 2010 September 2010 October 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 35 1 2 3 4
Week 36 5 6 7 8 9 10 11
Week 37 12 13 14 15 16 17 18
Week 38 19 20 21 22 23 24 25
Week 39 26 27 28 29 30

Aktiviti Terkini

There are no upcoming events currently scheduled.
Aktiviti Lepas
Paparkan Takwim

Halal JAKIM

Masukkan barkod:

SPS AWFATECHNOLOGIES

Image

 Untuk maklumat lanjut mengenai SPS sila klik logo / sini

Kepada pengunjung-pengunjung yang mempunyai maklumat tentang madrasah-madrasah tahfiz seluruh Malaysia, kami mengharapkan jasa baik tuan / puan untuk memasukkan maklumat ke database kami. Langkah-langkah: 1. Klik tambah data 2. Isi data dengan lengkap 3. Klik Send

Direktori

Tambah Data
Carian

Kaji Selidik

Sistem pengajian tahfiz pilihan anda?
 

Login






Lost Password?
No account yet? Register

Online

We have 18 guests online