|
PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MALAYSIA (PERMATA)
PERMATA adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Ianya telah didaftarkan pada 26 September 2001 dan telah mula beroperasi pada awal 2002. Kini bilangan ahli ialah 31 buah madrasah dari seluruh Malaysia. SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PERMATA
Bermula dengan Majlis Sekolah Tahfiz Kelantan yang ditubuhkan pada 18 Julai 1999, pertubuhan ini telah bertukar nama kepada Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA) dan telah diluluskan pendaftarannya pada 26 September 2001 (Sijil 1275).
Pada 30 Mac 2002, Mesyuarat Agung pertama diadakan. Seterusnya mulai April 2002, kegiatan persatuan berjalan secara rasmi bagi meneruskan matlamat, visi dan misi yang digariskan.
|