Skip to content
You are here: Utama
Pengenalan PDF Print

Logo Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA)PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MALAYSIA (PERMATA)

PERMATA adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Ianya telah didaftarkan pada 26 September 2001 dan telah mula beroperasi pada awal 2002. Kini bilangan ahli ialah 31 buah madrasah dari seluruh Malaysia.

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN PERMATA

Bermula dengan Majlis Sekolah Tahfiz Kelantan yang ditubuhkan pada 18 Julai 1999, pertubuhan ini telah bertukar nama kepada Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA) dan telah diluluskan pendaftarannya pada 26 September 2001 (Sijil 1275).

Pada 30 Mac 2002, Mesyuarat Agung pertama diadakan. Seterusnya mulai April 2002, kegiatan persatuan berjalan secara rasmi bagi meneruskan matlamat, visi dan misi yang digariskan.

 
Perutusan Pengerusi PDF Print

Perutusan Pengerusi

Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pengerusi PERMATA (kiri) bersama EXCO Kerajaan Negeri Kelantan di Majlis Konvokesyen PERMATA Ke 2Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan seisi keluarga baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. tuhan pentadbir sekelian alam, di atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada semua warga PERMATA sehingga berjaya membangun sebagai satu organisasi yang progresif dan cemerlang sejak penubuhannya lima tahun yang lalu.

Saya bagi pihak PERMATA berasa gembira di atas setiap usaha dan pencapaian yang digarapkan sehingga membuahkan hasil kejayaan sepertimana yang kita kecapi sekarang. Saya harap, setiap laluan ke arah kejayaan ini sama-samalah kita harungi bersama dan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan zaman yang serba moden lagi canggih terutamanya di dalam bidang teknologi maklumat tanpa sempadan masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya berbangga dengan satu lagi pencapaian yang telah diusahakan oleh PERMATA di dalam bidang penyebaran maklumat melalui ruang maya, iaitu laman web PERMATA. Dengan wujudnya laman web ini, ianya diharap dapat membantu ahli-ahli PERMATA khususnya dan masyarakat luar umumnya untuk mengenali dan menghayati aktiviti PERMATA dengan lebih mendalam di samping mendapatkan informasi terkini dengan lebih cepat dan tepat tanpa bersusah payah untuk datang terus ke pejabat PERMATA.

Selain daripada itu, melalui laman web PERMATA ini juga dapat memberi peluang kepada pihak PERMATA sendiri untuk mempromosikan perkhidmatannya kepada ahli-ahli khususnya dan masyarakat umum, tidak kira di mana mereka berada, baik di dalam mahupun di luar negeri. Melalui laman web ini juga diharap dapat memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk memberi dan menerima maklum balas positif berkenaan dengan aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh PERMATA.

Sehubungan dengan pencapaian ini, saya bagi pihak PERMATA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Timbalan Seiausaha PERMATA dan kepada semua pihak yang terbabit di dalam penyediaan laman web PERMATA ini sehingga ianya berjaya dilancarkan ke ruang maya. Sesungguhnya saya secara peribadi amat berpuas hati kerana tertubuhnya TahfizMalaysia.com pada tahun 2006 setelah diusahakan semenjak tahun pertama lagi. Kepada semua ahli PERMATA yang turut memberikan sokongan, bantuan dan kerjasama di dalam menjayakan setiap aktiviti PERMATA, jutaan terima kasih diucapkan. Marilah kita bersama-sama berusaha memanfaatkan laman web PERMATA demi kebaikan dan kebajikan bersama.

Sekian, wassalam.

Drs. Nazaruddin Jalaluddin

Pengerusi PERMATA

 
Panduan Menghafaz Al-Quran PDF Print
Sebelum Menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"

1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
Read more...
 
Malam Nur PERMATA - Majlis Anugerah Pelajar Tahfiz Cemerlang PDF Print
Kuala Lumpur 8 Sept - Malam Nur PERMATA - Majlis Anugerah Pelajar Tahfiz Cemerlang (MAPTC) telah diadakan di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam. MAPTC diadakan bertujuan memperkenalkan PERMATA kepada masyarakat, menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar pilihan dan melancarkan tabung pembangunan dan pendidikan PERMATA.
 
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
 
Read more...
 
Mesyuarat Ahli Majlis PERMATA (AMP) Ke 2 PDF Print

Mesyuarat Ahli Majlis PERMATA (AMP) Ke 2 bagi sesi 2007 diadakan pada 19 Mei 2007. Seramai 17 orang AMP dan mudir-mudir madrasah tahfiz hadir ke mesyuarat yang diadakan di New Horizon Garden, Jalan Pasir Mas - Salor, Kota Bharu.

Di antara perkara utama yang dibincangkan ialah Takwim Aktiviti 2007 - 2008. Aktiviti-aktiviti yang dirancang, akan dilaksanakan oleh madrasah-madrasah tahfiz yang ditaklifkan. Ini bertujuan mewujudkan kerjasama yang lebih erat di antara madrasah-madrasah tahfiz di samping melancarkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!

 
Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 28 PDF Print
Perjalanan Majlis menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan kali ke 28 telah berlangsung dengan jayanya pada 3-6 Mei 2007M/15-18 Rabiulakhir 1428H di Auditorium Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terenganu. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan pada 6.5.2007M/18 Rabiulakhir 1428H oleh Yang Teramat Mulia, Tengku Seri Panglima Raja, Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu.

Semasa menyampaikan ucapan, beliau telah menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sedang berusaha melahirkan generasi ulul albab yang mampu mentafsirkan al-Quran bercirikan; Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Golongan ini mampu menghafaz, membaca , memahami makna dan menghayati isi kandungan al-Quran. Mereka juga mempunyai pelbagai kemahiran bidang ilmu, mampu menguasai pelbagai bahasa serta berkeupayaan memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah umat disamping berfikiran kreatif dan inovatif.
  
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Click image to open!
Read more...
 
Keputusan SPM: Petua Hafaz Al-Quran PDF Print
Harian Metro, Selasa 13 Mac 2007
Oleh Adnan Mohamad

Fatimah pelajar terbaik SPM, menghafaz al-QuranKOTA BHARU: “Setiap hari saya mengulang kaji pelajaran dan masa selebihnya menghafaz al-Quran.

“Ibu bapa dan guru sering menasihatkan saya menghafaz al-Quran kerana memudahkan ingatan terhadap pelajaran,” kata pelajar Sekolah Agama Mahaad Muhammadi Perempuan, Siti Fatimah Mukhtar, 17, yang diumumkan pelajar terbaik negeri ini bagi sekolah tajaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Dia memperoleh 17 1A dan 1 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus mencipta rekod kecemerlangan keputusan SPM bagi sekolah agama tajaan Kerajaan Negeri Kelantan.
Read more...
 
Takwim 2007 - 2008 PDF Print
Tarikh Aktiviti Tempat Masul
Mei & September 2007 Lawatan Ke Madrasah Tahfiz Mei: Madrasah tahfiz di Kelantan
September: Madrasah tahfiz di Johor
Semua AMP
16 Jun 2007 Kursus Pemantapan Guru Al-Quran 2 Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan
Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Ismailiah
(Ust. Khalid)
21 Julai 2007 Kem Kepimpinan Al-Huffaz Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang, Kelantan
SMU(A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burong
(Ust Musrahimie)
4 Ogos 2007 Kursus & Mesyuarat Perancangan Strategik Institut Al-Balaaghul Mubin, Pasir Mas, Kelantan
Pusat Pendidikan Aman
(Ust Omar)
8 September 2007 Majlis Makan Malam Masjid Wilayah Persekutuan Semua AMP
Januari 2008 Diskusi Sistem Pengajaran Tahfiz Berkesan Belum ditetapkan Tahfiz Nur Iman dan MTQ Darul Riyadh
(Ust Fauzi Ibrahim dan Ust Fauzi Isa)
Mac 2008 Majlis Ihtifal PERMATA Dewan Jubli Perak MTQ Darussalam (Ust Sulaiman Bakar)
Mei 2008 Tamrin / Mukhayyam Guru Belum ditetapkan SMU(A) Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burong
(Ust Musrahimie)
 

Demi Masa

Takwim

February 2010 March 2010 April 2010
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 9 1 2 3 4 5 6
Week 10 7 8 9 10 11 12 13
Week 11 14 15 16 17 18 19 20
Week 12 21 22 23 24 25 26 27
Week 13 28 29 30 31

Aktiviti Terkini

There are no upcoming events currently scheduled.
Aktiviti Lepas
Paparkan Takwim

Halal JAKIM

Masukkan barkod:

Kepada pengunjung-pengunjung yang mempunyai maklumat tentang madrasah-madrasah tahfiz seluruh Malaysia, kami mengharapkan jasa baik tuan / puan untuk memasukkan maklumat ke database kami. Langkah-langkah: 1. Klik tambah data 2. Isi data dengan lengkap 3. Klik Send

Direktori

Tambah Data
Carian

Kaji Selidik

Sistem pengajian tahfiz pilihan anda?
 

Login






Lost Password?
No account yet? Register

Online

We have 2 guests online